Showing posts with label Pendidikan dan Sokongan Kanser Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan dan Sokongan Kanser Malaysia. Show all posts

Tuesday, 16 September 2014

Continuous Professional Development (CPD): Empowering Communication in Cancer Care; What skills do we need?

Memandangkan kemahiran komunikasi adalah sangat penting bagi profesional perubatan ketika berhadapan dengan pesakit, Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) mengambil inisiatif untuk menbantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan golongan ini. Satu program CPD bertajuk "Empowering Communication in Cancer Care; What skills do we need?" telah dianjurkan oleh CaRE dengan kerjasama Unit Pendidikan Kesihatan Institut Kanser Negara (IKN). Program ini telah diadakan pada 4 September 2014 bertempat di Bilik Seminar 1-4, IKN bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.  



Ceramah disampaikan oleh Dr. Siti Irma Fadhilah Binti Ismail dan juga Dr Zubaidah Binti Jamil @ Osman. Kedua-dua penceramah adalah dari Jabatan Psikiatrik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM. Selain dari ceramah, pada sebelah petang turut diadakan sesi 'Role Play' di mana setiap peserta berbincang di dalam kumpulan dan berpeluang mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari di awal pagi. 


Program ini telah dihadiri oleh 38 orang peserta dan kebanyakan mereka amat berpuas hati dengan program seumpama ini serta berharap agar program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. 




Thursday, 29 August 2013

Cancer Awareness & Healh Screening in conjunction with Program Ziarah Amal Ramadhan 2013

Terengganu, 20 July 2013 – Division of Student Affairs, UPM in collaboration with the Cancer Resource & Education Center (CaRE) and Faculty of Medicine and Health Sciences, UPM has organized a Program Ziarah Amal Ramadhan located in Kuala Besut. The program held was from 9 am to 5 pm.

CaRE’s objectives for this program were to provide cancer awareness through exhibits, readings and demonstrations of breast self-examination, to promote CaRE, and to provide opportunities for communities around Kuala Besut undergo a general health screening for free.

Interestingly, Putra Expansion Bus has been used as a platform to the showcase of cancer education materials. From the demonstrations, almost 40 visitors have gain benefit from the programmes. Moreover, almost 400 people visitors underwent the general health screening for free.

Exhibition: Putra Expansion Bus






Exhibition: Materials

Consultation session by Prof. Dr. Latiffah A. Latiff, CaRE’s Director

Visit by YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaacob,Minister Agriculture & Agro-Based Industry

Visit by Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Vice Chancellor, UPM

The visitors were getting the services provided


Friday, 31 May 2013

(NEWS) SIRI BUKU KEMOTERAPI

Isi kandungan siri ini ringkas tetapi padat dan ianya amat sesuai untuk pesakit, survivor, keluarga dan bacaan umum.

Siri ini mengandungi 3 tajuk utama merangkumi :

  • Memahami kemoterapi ( Melayu & Mandarin)
  • Pemakanan semasa kemoterapi (Melayu & Tamil)
  • Kemoterapi: Penjagaan selepas rawatan (Melayu & Tamil)

*SUMBANGAN ANDA MEMBANTU KAMI BAGI MENAMPUNG KOS CETAKAN SEMULA BAHAN PENDIDIKAN INI


Untuk mendapat buku-buku tersebut, sila hubungi TALIAN KANHELP LINE : 1-800-22-2233


Thursday, 30 May 2013

(NEWS)SIRI BUKU PEMAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER PAYUDARA

Isi kandungan siri ini sangat ringkas dan padat dan ianya amat sesuai untuk semua peringkat umur di Malaysia. Siri ini telah disediakan oleh pakar pemakanan yang bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang pemakanan.


Siri ini mengandungi 8 buku utama merangkumi :
  • Pemakanan secara umum
  • Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Perubahan berat badan
  • Pengambilan tenaga
  • Pengambilan lemak
  • Pengambilan supplemen diet
  • Aktiviti fizikal
  • Pengambilan alkohol


*SUMBANGAN SEBANYAK RM 4 SETIAP BUKU BAGI MENAMPUNG KOS CETAKAN SEMULA


Untuk mendapat buku-buku tersebut, sila hubungi TALIAN KANHELP LINE : 1-800-22-2233



Wednesday, 29 May 2013

(EVENT)Program Pendidikan Survivor: Memahami Kemoterapi



Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser(CaRE) dengan kerjasama Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan(KanWork) akan menganjurkan Program Pendidikan Survivor: Memahami Kemoterapi. Berikut adalah maklumat bagi program tersebut:

Tarikh   : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa     : 08.30 pagi—12.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah 6, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM



Jangkaan Hasil Pembelajaran

Di akhir program ini, peserta tahu tentang:
1. Apakah itu rawatan kemoterapi?
2. Apakah fungsi/ kepentingan rawatan kemoterapi?
3. Bagaimanakah kaedah/ proses rawatan kemoterapi dijalankan?
4. Apakah kesan sampingan rawatan kemoterapi?
5. Bagaimanakah mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi?

Peserta dapat saling berinteraksi tentang kemusykilan/ permasalahan berkaitan kemoterapi


Siapa yang perlu hadir?

• Pesakit/ survivor kanser & ahli keluarga
• Profesional kesihatan
• Sukarelawan kanser
• Orang Awam


Aturcara


08.30- 09.00 : Pendaftaran
09.00-09.15  : Pengenalan
09.15-10.45  : Ceramah Memahami Kemoterapi
10.45-11.15  : Sesi Soal Jawab
11.15-11.45  : Makan Tengahari
11.45-12.45  : Sesi Kumpulan Sokongan *
                   : Lawatan ke Pusat Sumber CaRE *
* Bagi yang berminat


Bayaran Pendaftaran:
Yuran Penyertaan      : RM 30
*Diskaun 10% untuk penyertaan berkumpulan (≥ 5 orang)


Langkah-langkah untuk Pengesahan (sebelum 20 Jun 2013- Khamis):

1.Muat turun dan mengisi Borang Pengesahan dalam brosur 2 di bawah
2. Scan & E-mel borang tersebut kepada nurfaizah.care@gmail.com atau Fax +60389472706

Brosur 1

Brosur 2

Thursday, 16 May 2013

(NEWS)Cancer Awareness at Program Karnival Sukarelawan KPT bersama Komuniti Permas Jaya, Pasir Gudang

Pasir Gudang, 1st Mei 2013 – CaRE was invited as exhibitor at Program Karnival Sukarelawan KPT bersama Komuniti Permas Jaya. CaRE’s tasks were to generate awareness and information on breast self examination (BSE) and promoting CaRE to the community of Flat Taman Permas Jaya. A total of 122 participations from around Pasir Gudang visited CaRE booth.

Visitors were listening to explanation from CaRE’s staff nurse

One of the visitors looking at the books published by CaRE


CaRE booth visitors comprised of the public at large despite age, race and religion

Thursday, 9 May 2013

(NEWS) Program Spiritual : Redha & Tawakal di Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE)

Serdang, 20 April 2013 – Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan kerjasama Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) sekali lagi telah menganjurkan program bulanan berbentuk spiritual yang bertajuk ‘Redha & Tawakal’. Program yang diadakan di Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM ini telah dihadiri oleh 78 orang peserta yang terdiri daripada ahli KanWork, pesakit / survivor kanser, dan orang awam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Abdullah bin Yasin, seorang pendakwah bebas profesional.

Ustaz Abdullah Yassin sedang menyampaikan ceramah 

“Bila ditimpa musibah, haruslah berpada-pada, jangan sampai terlalu kecewa (frust).
Redha bukanlah pasrah tetapi perlu berusaha….Itulah yang disebut sebagai TAWAKAL”
~ Petikan dari ceramah oleh Ustaz Abdullah Yassin ~

Para Peserta menghayati setiap ilmu yang disampaikan oleh Dr. Abdullah


Di luar dewan, terdapat jualan buku berkaitan kanser, doa dan risalah CaRE bagi yang berminat


Di penghujung program, bimbingan kumpulan rakan sebaya (peer support) dijalankan di kalangan peserta yang berminat dan turut disertai oleh Prof. Dr. Norliah Abdullah







Wednesday, 8 May 2013

(NEWS) CaRE at Klinik Pakar Pertanian Sempena Hari Terbuka Agro Bioteknologi Negeri Melaka

Malacca, 5th April 2013 – Perbadanan Bioteknologi Negeri Melaka organized an event: ‘Hari Terbuka Agro Bioteknologi Negeri Melaka’. At that event, UPM held Klinik Pakar Pertanian. CaRE participated with objectives to generate cancer awareness to the community through exhibition and demonstration on breast self examination. 55 people from around Malacca were engaged at CaRE’s exhibit.

Visitors were listening to the explanation regarding breast cancer and CaRE's publication

Tuesday, 7 May 2013

(Slideshow) Understanding Colorectal Cancer

According to Malaysia National Cancer Registry (NCR) Report 2006, colorectal cancer or colon cancer is the second most common cancer after breast cancer in Peninsular Malaysia. The report shows that colon cancer incidence was 1st among male and 2nd among female.

CaRE would like to share this very simple slideshow on Understanding Colon Cancer presented by WebMD. We hope the presentation can help you be aware of how to prevent and manage colon cancer. Please click to see the slideshow.

UNDERSTANDING COLORECTAL CANCER


*Please click on the image below to get full slide about colon cancer.