Visi:
Menjadi sebuah pusat bereputasi antarabangsa dalam Pendidikan, Saringan, Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan Kanser.
Misi:
Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu, maklumat, informasi, dan perkhidmatan mengenai pencegahan, perawatan dan pengurusan sokongan berkaitan kanser.
Matlamat:
Memperkasakan tadbir urus jaringan industri dan masyarakat serta penjanaan dana.
Memperkasakan CaRE sebagai Pusat Kecemerlangan dalam pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan kanser.
Memasyarakatkan dan menyebarluaskan kepakaran CaRE melalui aktiviti jaringan industri dan masyarakat.
Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi berkaitan kanser ke peringkat antarabangsa.
Nilai:
- Empati
- Sukarelawan
- Prihatin
- Kasih sayang
- Kesabaran
- Berilmu
- Berbakti
- Kecemerlangan
- Kepelbagaian
- Kelestarian
- Integriti
- Keikhlasan
Sejarah CaRE:
Pada tahun 2002, dua orang survivor kanser, seorang dari Malaysia manakala seorang lagi dari Amerika Syarikat telah memulakan idea utama mereka untuk mengadaptasi dan menterjemah bahan pendidikan yang terpilih ke dalam Bahasa Malaysia sebagai langkah pertama dalam menyediakan maklumat yang diperlukan berkenaan rawatan dan penjagaan kanser payudara di Malaysia.
Usaha mereka seterusnya berkembang menjadi aktiviti pendidikan yang utama; Projek Pendidikan dan Penyelidikan Kanser (CaEd). Kepimpinan projek ini adalah melalui usahasama antara Universiti Putra Malaysia dan Cornell University. Projek ini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada September 2003.
Pada 2008, satu pusat yang dikenali sebagai Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah diwujudkan untuk menampung aktiviti pendidikan, maklumat dan program sokongan kanser.
Pusat ini telah dirasmikan pada 8 Julai 2009 oleh YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
Pada Ogos 2011, CaRE telah diinstitusikan di bawah UPM sebagai Pusat Kecemerlangan.
Perkhidmatan CaRE:
CaRE menyediakan pelbagai bentuk maklumat berkaitan kanser yang boleh diperolehi melalui:
- Buku Penerbitan
- Laman sesawang CaRE - http://care.upm.edu.my/
- KanPortal - http://cancereducation.org.my/
- Blog - http://care-upm.blogspot.com/
- Facebook - CaRE UPM
- Program pendidikan survivor/awam - dijalankan pada setiap bulan
- Pembangunan Professional Berterusan (CPD) - menyediakan mata CPD
- Kempen kesedaran kanser - berdasarkan jemputan dari organisasi lain
- Kumpulan Sokongan Kanser
- Talian KanHelp untuk pertanyaan kanser - 1-800-22-2233
- Kaunseling
- Sukarelawan
- Penyelidikan