Monday 16 May 2016

PROGRAM PENDIDIKAN CaRE BULAN MEI 2016 - KANSER PROSTAT

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa CaRE akan menganjurkan Program Pendidikan bagi Bulan Mei 2016 seperti butiran berikut:

Tajuk: Kanser Prostat
Penceramah: YBhg. Prof. Dato' Dr. Khairul Asri Mohd Ghani@ Mamat, Jabatan Surgeri, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
Tarikh: 24 Mei 2016 (Selasa)
Masa: 9.00 hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran, UPM

Aktiviti pameran kesedaran kanser dan saringan EIT turut diadakan pada hari tersebut bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang,

Sekian untuk makluman, terima kasih. 


Tuesday 1 March 2016

PROGRAM PENDIDIKAN - KANSER USUS

Sempena bulan kesedaran kanser kolorektal Mac ini, Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) akan menganjurkan satu program pendidikan iaitu Kanser Usus.  Untuk maklumat lanjut sila lihat poster yang dilampirkan :)
smile emoticon
Masuk adalah PERCUMA, jadi mari kita sama-sama mempelajari mengenai kanser usus ini dgn lebih terperinci daripada Prof. Madya Dr. Mohd Faisal Jabar


Monday 1 February 2016

Public Talk: Blood Cancer

CaRE akan menganjurkan 1 ceramah awam yang bertajuk Blood Cancer. Pendaftaran PERCUMA!!! Semua dijemput hadir. Maklumat lanjut seperti poster di bawah:


Sunday 10 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016 / Happy New Year 2016





SERDANG : Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua warga UPM yang terdiri daripada pegawai, staf dan juga pelajar. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana berjaya mengharungi cabaran dan dugaan sepanjang tahun 2015. Namun, ia bukanlah penamat yang menyebabkan kita terus leka malah kita perlu lebih berusaha dan bersedia menempuh tahun baru.
Pengalaman lalu harus dijadikan tauladan dan panduan untuk meningkatkan kualiti diri bagi memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) yang perlu dicapai pada tahun 2016. Semoga segala harapan terwujud, kesempatan terbuka luas, dan keberhasilan mampu dijemput di tahun 2016 ini.

www.care.upm.edu.my
Untuk pertanyaan mengenai kanser boleh hubungi: 1-800-22-2233

*********************************************************************************************

SERDANG : Cancer Resource & Education Center (CaRE) UPM wishes Happy New Year 2016 to all UPM’s citizens including officers, staff and students. Alhamdulillah, Grateful to God for successfully handling challenges throughout 2015. However, it is not the end for which we are constantly preoccupied but we need more effort and willing to facing new year.

Past experience should serve as a role model and a guide to improve the quality to meet key performance indicators (KPI) to be achieved in 2016. May all the hope exist, opportunity will widely open,  and fruitfulness able to be picked up in 2016. 

www.care.upm.edu.my
Toll free line :1-800-22-2233



Tuesday 28 April 2015

(BERITA) CERAMAH MOTIVASI : “YES, BOSS!!!”

Serdang, 2 Mac 2015 – Ustaz Elyas Ismail telah dijemput oleh Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) untuk memberikan ceramah motivasi yang bertajuk “Yes, Boss!!!”. Ceramah ini telah diadakan pada 27 Februari 2015 di Dewan Kuliah 4, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Ustaz Elyas Ismail adalah merupakan penceramah yang tidak asing lagi di Malaysia, beliau sering muncul dalam Motivasi Pagi di TV3 dan Tanyalah Ustaz di TV9. Seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UPM telah menghadiri ceramah motivasi pada petang tersebut.
 Ustaz Elyas Ismail sedang memberikan ceramah kepada peserta yang hadir

Menurut Ustaz Elyas, kepimpinan bukanlah satu jawatan tetapi adalah merupakan satu proses. Yang berada di bawah harus sentiasa memberi ketaatan dan yang berada di atas pula harus menunjukkan keadilan kepada yang berada di bawahnya. Terdapat banyak lagi manfaat yang diperolehi melalui program ceramah ini. 


Para peserta gembira mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Elyas