Pusat Sumber & Pendidikan Kanser
Universiti Putra Malaysia
JAWATAN
KOSONG
Pusat Sumber
& Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia berhasrat mempelawa
Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi serta
bercita-cita untuk berkhidmat dengan sebuah Universiti yang diiktiraf sebagai
Universiti Penyelidikan dan sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia
untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-
Jawatan 1
|
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 / SETIAUSAHA
PEJABAT GRED N27
|
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan SPM / Diploma
Taraf Jawatan : Kontrak / Sementara (Pekerja Sambilan
Harian)
Gaji Permulaan :
SYARAT LANTIKAN WAJIB
i.
Warganegara
Malaysia.
ii.
Berumur
tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii.
Kepujian
dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
SYARAT LANTIKAN
a) Kelayakan Lantikan Pembantu Setiausaha Pejabat (Gred N17)
i.
|
Kelayakan Masuk
|
:
|
Sijil Pelajaran Malaysia
|
ii.
|
Bidang /
Kelayakan Khusus
|
:
|
Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus
ujian masuk mengambil trengkas atau nota pintas (note taking) dengan
kederasan 20 p.s.m daripada rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas
15 p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%. (Keutamaan diberi kepada calon
yang berkebolehan mengendali komputer)
|
iii.
|
Gaji Permulaan
(kontrak)
|
:
|
N17: P1 RM 983.43
|
iv.
|
Pekerja Sambilan
Harian (Sementara)
|
:
|
RM 54.00 sehari
|
b) Kelayakan Lantikan Setiausaha Pejabat (Gred N27)
i.
|
Kelayakan Masuk
|
:
|
Diploma
|
ii.
|
Bidang /
Kelayakan Khusus
|
:
|
Diploma Sains Kesetiausahaan daripada
politeknik-politeknik tempatan.
|
iii.
|
Gaji Permulaan
|
:
|
N27: P1 RM1,361.14
|
iv.
|
Pekerja Sambilan
Harian (Sementara)
|
:
|
RM 72.00 sehari
|
atau
i.
|
Kelayakan Masuk
|
:
|
Diploma
|
ii.
|
Bidang /
Kelayakan Khusus
|
:
|
Diploma Pengurusan dan Teknologi
Pejabat daripada UiTM.
|
iii.
|
Gaji Permulaan
|
:
|
N27: P1 RM1,661.95
|
iv.
|
Pekerja Sambilan
Harian (Sementara)
|
:
|
RM 72.00 sehari
|
RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab
untuk memastikan urusan harian di pejabat Pegawai Kumpulan Pengurusan
Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi
kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti
menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping
itu, memastikan semua keperluan rasmi Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/
pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan)
dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual
kerja supaya teratur.
PERHATIAN
i. Penetapan gaji permulaan adalah
berdasarkan kepada kelayakan, kemahiran dan pengalaman dalam kerja atau bidang
yang berkaitan.
ii.
Pegawai-pegawai yang memasuki
perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan
yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke
semasa.
iii.
Penempatan untuk jawatan di
atas adalah di Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM.
UMUR
PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Calon
lantikan mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
CARA MEMOHON
Permohonan
hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang
Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan di laman web www.reg.upm.edu.my atau (klik sini).
Permohonan yang lengkap beserta sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar
ke alamat berikut:
Pengarah
Pusat Sumber & Pendidikan Kanser
Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan & Sains
Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR
DARUL EHSAN.
(u/p: Encik Azlan bin Ibrahim)
PERATURAN MEMOHON
i.
Semua permohonan daripada
pegawai yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan yang akan memanjangkan permohonan itu berserta dengan kenyataan
perkhidmatan yang lengkap dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan atau apa-apa laporan
yang boleh menunjukkan rekod perkhidmatan terkini.
ii. Borang Permohonan yang lengkap
diisi hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir,
salinan sijil-sijil persekolahan dan kokurikulum, serta sekeping gambar
berukuran pasport. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai
Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu / Ketua Kampung sahaja. (Pengesahan salinan dokumen oleh selain dari
senarai yang dinyatakan di atas akan menjejaskan permohonan anda).
PERINGATAN PENTING
i.
Borang permohonan yang telah
lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat yang dinyatakan.
ii.
Borang Permohonan yang tidak
lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon tidak akan
dilayan.
iii.
Hanya calon yang layak selepas tapisan
sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv. Permohonan yang tidak menerima
apa-apa maklum balas dalam tempoh enam
(6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28
NOVEMBER 2014
No comments:
Post a Comment