Thursday, 31 January 2013

(KAJI SELIDIK) Penggunaan KanPortal di kalangan peserta CaRE

JEMPUTAN MENJADI RESPONDEN BAGI SOAL SELIDIK DALAM TALIAN

Tuan Puan yang dihormati,

Saya, Syahidatul Khafizah Mohd Hajaraih, merupakan salah seorang ahli kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian berkenaan penerimaan teknologi di kalangan individu yang berkait dengan kanser. Kajian ini diketuai oleh Professor W. David Huang dari Department of Education Policy, Organization and Leadership, College of Education, University of Illinois at Urbana-Champaign bersama-sama saya, pelajar doktoral di jabatan yang tersebut. Kajian ini akan menambah pemahaman kami berkenaan cara terbaik untuk membantu individu yang berkaitan dengan kanser ini belajar, memahami, dan menjalani kehidupan dengan kanser melalui penggunaan dan penerimaan terhadap teknologi. 
Sekiranya anda merupakan pengguna atau mungkin akan menjadi pengguna yang menggunakan KanPortal, kami berharap agar anda dapat menjawab soal selidik ini. Maklumbalas anda amat penting dalam kajian ini. Namun begitu, penyertaan dalam perbincangan ini adalah secara sukarela dan tidak akan memberi apa-apa impak terhadap penyertaan anda dalam program CaRE yang akan datang.
Kami menjangkakan soal selidik ini cuma akan mengambil masa selama 15 minit untuk dilengkapkan. Kami juga menjangkakan ianya tidak akan melibatkan risiko melebihi apa yang dilalui dalam kehidupan seharian. Hasil dapatan kajian ini akan dihantar untuk penerbitan akademik sahaja dalam bentuk projek kajian awal, disertasi, pembentangan kepada CaRE dan di konferens, artikel jurnal, dan bab buku.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kajian ini sila klik link di bawah. Sila pastikan anda menjawab Cuma SATU edisi survey sahaja, sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Sila pilih bahasa yang anda merasa paling selesa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi saya di syedafauzi@gmail.com. Kerjasama anda amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
Syahidatul Khafizah Mohd Hajaraih


Untuk ke survey Bahasa Malaysia sila klik

Untuk ke survey Bahasa Inggeris sila klik




No comments:

Post a Comment