Wednesday 17 September 2014

Pameran Kesedaran Kanser & Jualan Amal di Melaka

 5 September 2014, CaRE telah dijemput untuk menyertai Program Jelajah KENALI KANSER KITA (3K) yang dianjurkan oleh Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Hannamar Medical. Program ini telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Hajah Fadhilah Abdullah, isteri YAB Ketua Menteri Melaka. Program dimulakan dengan ceramah dari Dr. Muhammad Hakim Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Hannamar Medical dengan tajuk "Enlighten Your Breast Awareness". Seterusnya, terdapat juga segmen sembang santai bersama doktor professional dan juga pesakit kanser. Sewaktu segmen sembang santai, para peserta berpeluang mendengar pengalaman daripada pesakit kanser mengenai kesakitan yang mereka alami. Dalam program ini juga, CaRE turut serta dalam Jualan Amal bagi mendapatkan dana untuk membantu pesakit kanser. Sambutan yang diberikan oleh warga Tanjung Kling, Melaka adalah sangat menggalakkan. 

Dr. Muhammad Hakim Nordin sedang menyampaikan ceramah
Survivor yang berkongsi pengalaman kepada para tetamu yang hadir
Antara tetamu yang hadir


Petugas CaRE sedang menyampaikan maklumat kepada pengunjung booth


Antara maklumat yang dipamerkan oleh CaRE

Jualan Amal yang dijalankan oleh CaRE











No comments:

Post a Comment