Tuesday 23 September 2014

Pameran Kesedaran Kanser di HUKM

Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah dijemput untuk mengadakan pameran dan promosi sempena Forum Umum ke - 3 anjuran Pusat Terapi Sel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Forum bertajuk Limfoma: Rawatan, Cabaran dan Harapan telah diadakan di Ruang Legar Lobi Utama, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) pada jam 2 petang. Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 9 & 10 September 2014. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Raymond Azman Ali, Pengarah Pusat Perubatan UKM. Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya forum dan terdapat pameran dari CaRE dan pelbagai jabatan lain.  

Antara yang dibincangkan dalam forum tersebut adalah berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan limfoma dan cara pencegahan. Isu perubatan dan rawatan Islam adalah antara topik yang menarik minat peserta yang hadir. Terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh panel yang hadir seperti penggunaan daun belalai gajah dan epal hijau untuk mengubati kanser dan banyak lagi. Hukum halal atau haram dalam proses penyimpanan air mani bagi pesakit kanser juga turut dibincangkan dalam forum tersebut. Harus bagi lelaki yang menghidap kanser yang akan menjalani rawatan untuk menyimpan sperma dengan beberapa syarat seperti:
      1. benih perlu disenyawakan dengan pasangan yang sah
      2. benih dikandung oleh isteri yang sah
      3. persenyawaan yang berlaku haruslah semasa pasangan masih hidup
Menurut Ustaz Hasrizal bin Hasan Pegawai Hal Ehwal Islam PPUKM dalam forum tersebut, benih suami yang disimpan harus dikandung oleh isteri sendiri dengan syarat suaminya masih hidup manakala haram hukumnya benih suami di kandungkan oleh perempuan lain selain dari isterinya yang sah. Sedikit sebanyak perkongsian mengenai forum yang telah dijalankan. Program diteruskan dengan pameran dari jabatan pemakanan PPUKM dan aktiviti seperti derma darah, derma organ, pengumpulan stem sel dan banyak lagi.

YBhg Prof. Dato' Dr. Raymond Azman Ali, Pengarah Pusat Perubatan UKM melawat ke 'booth' pameran CaRE
Panel forum sedang memberikan pandangan terhadap soalan yang ditanyakan oleh peserta dalam segmen Q & A

Petugas CaRE sedang memberikan maklumat kepada pengunjung

Antara pelawat yang mengunjungi 'booth' pameran


  

No comments:

Post a Comment