Wednesday 8 October 2014

CaRE di Program Sihaton SK Taming Jaya, Balakong, Seri Kembangan

Pada 27 September 2014, bertempat di Sek Keb Taming Jaya (SKTJ), Balakong telah diadakan satu program kesihatan yang diberi nama SIHATON. Program ini adalah merupakan anjuran guru-guru SKTJ bersama dengan PIBG sekolah. CaRE turut dijemput oleh pihak PIBG sekolah untuk menyertai program ini dengan membawa Bas Pengembangan Putra. Seperti yang biasa dijalankan oleh CaRE, di dalam bas tersebut diadakan pameran kesedaran kanser/gaya hidup sihat dan juga promosi CaRE. Juga terdapat pameran anatomi organ manusia dan penerangan tentang pemeriksaan sendiri payudara (PSP) yang dikelolakan oleh jururawat CaRE. Pameran ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana ramai ibu bapa dan juga guru-guru yang masuk ke dalam bas untuk melihat pameran dan tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan mengenai pemeriksaan sendiri payudara. Pelajar sekolah juga terdedah kepada pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat yang perlu mereka amalkan pada peringkat umur seawal sekolah rendah lagi. 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Taming Jaya
Bas Pengembangan Putra UPM
Suasana di dalam Bas Pengembangan Putra UPM

Antara pengunjung yang mendapatkan maklumat

Salah seorang pengunjung yang mendapatkan khidmat mengenai Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)



No comments:

Post a Comment