Showing posts with label Pendidikan Survivor Kanser. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Survivor Kanser. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

(EVENT)Program Pendidikan Survivor: Memahami Kemoterapi



Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser(CaRE) dengan kerjasama Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan(KanWork) akan menganjurkan Program Pendidikan Survivor: Memahami Kemoterapi. Berikut adalah maklumat bagi program tersebut:

Tarikh   : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa     : 08.30 pagi—12.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah 6, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM



Jangkaan Hasil Pembelajaran

Di akhir program ini, peserta tahu tentang:
1. Apakah itu rawatan kemoterapi?
2. Apakah fungsi/ kepentingan rawatan kemoterapi?
3. Bagaimanakah kaedah/ proses rawatan kemoterapi dijalankan?
4. Apakah kesan sampingan rawatan kemoterapi?
5. Bagaimanakah mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi?

Peserta dapat saling berinteraksi tentang kemusykilan/ permasalahan berkaitan kemoterapi


Siapa yang perlu hadir?

• Pesakit/ survivor kanser & ahli keluarga
• Profesional kesihatan
• Sukarelawan kanser
• Orang Awam


Aturcara


08.30- 09.00 : Pendaftaran
09.00-09.15  : Pengenalan
09.15-10.45  : Ceramah Memahami Kemoterapi
10.45-11.15  : Sesi Soal Jawab
11.15-11.45  : Makan Tengahari
11.45-12.45  : Sesi Kumpulan Sokongan *
                   : Lawatan ke Pusat Sumber CaRE *
* Bagi yang berminat


Bayaran Pendaftaran:
Yuran Penyertaan      : RM 30
*Diskaun 10% untuk penyertaan berkumpulan (≥ 5 orang)


Langkah-langkah untuk Pengesahan (sebelum 20 Jun 2013- Khamis):

1.Muat turun dan mengisi Borang Pengesahan dalam brosur 2 di bawah
2. Scan & E-mel borang tersebut kepada nurfaizah.care@gmail.com atau Fax +60389472706

Brosur 1

Brosur 2

Thursday, 9 May 2013

(NEWS) Program Spiritual : Redha & Tawakal di Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE)

Serdang, 20 April 2013 – Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan kerjasama Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) sekali lagi telah menganjurkan program bulanan berbentuk spiritual yang bertajuk ‘Redha & Tawakal’. Program yang diadakan di Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM ini telah dihadiri oleh 78 orang peserta yang terdiri daripada ahli KanWork, pesakit / survivor kanser, dan orang awam. Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Abdullah bin Yasin, seorang pendakwah bebas profesional.

Ustaz Abdullah Yassin sedang menyampaikan ceramah 

“Bila ditimpa musibah, haruslah berpada-pada, jangan sampai terlalu kecewa (frust).
Redha bukanlah pasrah tetapi perlu berusaha….Itulah yang disebut sebagai TAWAKAL”
~ Petikan dari ceramah oleh Ustaz Abdullah Yassin ~

Para Peserta menghayati setiap ilmu yang disampaikan oleh Dr. Abdullah


Di luar dewan, terdapat jualan buku berkaitan kanser, doa dan risalah CaRE bagi yang berminat


Di penghujung program, bimbingan kumpulan rakan sebaya (peer support) dijalankan di kalangan peserta yang berminat dan turut disertai oleh Prof. Dr. Norliah Abdullah







Tuesday, 7 May 2013

(Slideshow) Understanding Colorectal Cancer

According to Malaysia National Cancer Registry (NCR) Report 2006, colorectal cancer or colon cancer is the second most common cancer after breast cancer in Peninsular Malaysia. The report shows that colon cancer incidence was 1st among male and 2nd among female.

CaRE would like to share this very simple slideshow on Understanding Colon Cancer presented by WebMD. We hope the presentation can help you be aware of how to prevent and manage colon cancer. Please click to see the slideshow.

UNDERSTANDING COLORECTAL CANCER


*Please click on the image below to get full slide about colon cancer.



Friday, 3 May 2013

(EVENT)Kanser Kolon (Usus): Cegah Kesan & Rawat


Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser(CaRE) dengan kerjasama Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan(KanWork) akan menganjurkan Program Pendidikan Survivor Kanser Kolon Usus: Cegah, Kesan & Rawat. Berikut adalah maklumat bagi program tersebut:


Tarikh   : 18 Mei 2013 (Sabtu)
Masa     : 08.30 pagi—12.00 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah 6, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM



Jangka Hasil Pembelajaran:


Di akhir program ini, peserta tahu tentang:-

  • Apakah itu kanser kolon?
  • Apakah faktor risiko bagi kanser kolon?
  • Bagaimana mencegah kanser kolon?
  • Apakah simptom kanser kolon?
  • Bagaimana cara pengesanan awal kanser kolon?
  • Apakah kaedah rawatan bagi kanser kolon?
  • Bagaimana penjagaan semasa dan selepas rawatan kanser kolon? 
Peserta dapat saling berinteraksi tentang kemusykilan/ permasalahan berkaitan kanser kolon.


Tentatif:
08.30- 09.00 : Pendaftaran
09.00-09.15  : Pengenalan
09.15-10.45  : Ceramah Kanser Kolon: Cegah, Kesan & Rawat
10.45-11.15  : Sesi Soal Jawab
11.15-11.45  : Makan Tengahari
11.45-12.45  : Sesi Kumpulan Sokongan (Bagi Yang Berminat)


Bayaran Pendaftaran:
Yuran Penyertaan      : RM 30
*Diskaun 10% untuk penyertaan berkumpulan (≥ 5 orang)


Langkah-langkah untuk Pengesahan (sebelum 15 Mei 2013):
1.Muat turun dan mengisi Borang Pengesahan dalam brosur 2 di bawah
2. Scan & E-mel borang tersebut kepada nurfaizah.care@gmail.com atau Fax +60389472706

Brosur 1

Brosur 2

Tuesday, 23 April 2013

(VIDEO) Program Pendidikan Survivor: Ceramah mengenai "Redha dan Tawakal" Oleh Ustaz Dr. Abdullah Yasin

UPM Serdang 20 April - Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan(KanWork) dengan kerjasama Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser(CaRE) telah mengadakan Program Pendidikan Survivor: Redha dan Tawakal yang telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Abdullah Yasin di Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Perbincangan Dr. Abdullah mengenai 'Redha dan Tawakal' boleh ditonton melalui video. Semoga mendapat ilmu yang manfaat dari tajuk yang bermakna dan menarik ini...

Selamat Menonton...


Sila klik gambar di bawah untuk tontonan penuh video 'Redha dan Tawakal'