Wednesday 20 November 2013

(EVENT) Majlis Pelantikan Ikon & Pelancaran Program Sukarelawan CaRE


Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelantikan Ikon & Pelancaran Program Sukarelawan CaRE yang bertujuan untuk memperkenalkan CaRE dengan penjenamaan semula, memperkenalkan ikon CaRE kepada umum, memperkenalkan Program Sukarelawan CaRE dan mempromosikan perkhidmatan CaRE. 

Pihak CaRE turut mengadakan pameran kesedaran kanser bagi menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan dengan kanser kepada para pengunjung.


Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan program:

Tarikh      : 26 November 2013 (Selasa)
Tempat : Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
 Masa      : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tentatif program

10.00 pagi : Ketibaan tetamu
10.30 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
10.35 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku & Putra Gemilang
10.45 pagi : Bacaan Doa
10.50 pagi : Persembahan Video Korporat CaRE
10.55 pagi : Ucapan Aluan Prof. Dr. Latiffah A. Latiff, Pengarah CaRE
11.05 pagi : Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat
11.10 pagi  : Upacara Pelantikan Ikon CaRE 
11.20 pagi  : Ucapan Ikon CaRE
11.25 pagi : Pelancaran Program Sukarelawan CaRE
11.35 pagi : Sesi Bergambar
        : Sidang Akhbar Bersama Media
12.00 tghari : Bersurai


Pihak CaRE berbesar hati menjemput Y.Bhg. Dato’/ Datin/Prof./ Tuan/ Puan untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Nurfaizah Saibul, Pegawai Penyelidik di talian 03-89472703 atau emel ke nurfaizah.care@gmail.com.



No comments:

Post a Comment